Selepas 22 hari hilang,remaja 14 tahun ditemui Dalam Keadaan Yg Sangat Dahsyat.(2Gambar)

Selepas 22 hari hilang,remaja 14 tahun ditemui Dalam Keadaan Yg Sangat Dahsyat.(2Gambar)

Selepas 22 hari hilang,remaja 14 tahun ditemui|Selepas lebih 22 hari dilaporkan hilang, seorang gadis berusia 14 tahun, Anis Adilla Roza Idris ditemukan selamat di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur atau Pudu Sentral, semalam.

Abang kepada pelajar tingkatan dua itu, Muhammad Mahfudz, 30, berkata, ibunya menerima panggilan telefon daripada salah seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) UTC, Pudu Sentral pada pukul 11.45 pagi semalam memaklumkan adiknya yang ditemani seorang lelaki ingin membuat permohonan kad pengenalan baharu.

“Sebaik diberitahu, saya terus bergegas ke UTC Pudu Sentral dan pada masa sama JPN turut meminta bantuan pihak polis untuk menahan adik dan lelaki berusia 21 tahun, yang baharu dikenalinya itu. Sebaik tiba di sana, saya mendapati Anis Adilla Roza telah berada di balai polis.

“Selang satu jam kemudian, Anis dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Banting untuk disiasat. Ketika dijumpai, Anis Adilla Roza berada dalam keadaan baik sementara kes ini masih lagi dalam siasatan polis. Saya difahamkan, ada kemungkinan adik terpengaruh dengan kawan dan media sosial,” katanya kepada Utusan Online menerusi Whatsapp hari ini.

Pemberita media pada 7 Julai lalu  melaporan mengenai Anis Adilla Roza Idris yang dilaporkan hilang sejak 26 Jun lalu atau pada hari kedua, Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Gadis tersebut dilaporkan kali terakhir dilihat pada pukul 4 pagi, 28 Jun lalu, semasa rakannya menghantar Anis pulang ke rumahnya di Taman Desa Jaya, Banting Selangor.

Sebelum itu, Anis Adilla Roza memberitahu ibunya untuk keluar beraya menggunakan motorsikal jenis Yamaha Lagenda 115 berwarna putih pada pukul 4.30 petang 26 Jun dan berjanji untuk pulang dua jam kemudian namun, sehingga pukul 12.30 tengah malam, pelajar tingkatan dua itu masih tidak kelihatan.

Lebih memburukkan keadaan, Anis Adilla Roza keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya

0 Response to "Selepas 22 hari hilang,remaja 14 tahun ditemui Dalam Keadaan Yg Sangat Dahsyat.(2Gambar)"

Post a Comment

wdcfawqafwef