Mak Aik. Tak Sanggup Pulak Nak Tengok. Malam pertama kami berjalan lancar,suami mahukan anak

Mak Aik. Tak Sanggup Pulak Nak Tengok. Malam pertama kami berjalan lancar,suami mahukan anak

Malam pertama kami berjalan lancar,suami mahukan anak|Nampaknya kisah Selamat Riyadi dan isterinya Rohaya masih tidak henti-henti menarik perhatian netizen. Kali ini mereka telah menjadi tetamu dalam rancangan TV Hitam Putih yang diacarakan oleh Deddy Corbuzier dengan Chika Jessica di Jakarta.

Apabila ditanya soal malam pertama, pasangan ini kelihatan malu-malu. Rohaya sekadar mengatakan malam pertama mereka berjalan lancar. Malah Selamat ingin sekali mendapat anak dari sang isteri.

Seterusnya pengacara melanjutkan pertanyaan soal nama anak. Menurut Selamat ia bergantung kepada jantinanya.

“Kalau perempuan namanya Putri Permata Sari. Kalau lelaki namanya Andre Maulana,” ujar Selamat.

Ketika ditanya mengapa dia menyukai Rohaya, ini jawapan Selamat:

“Saya cinta, dengan Rohaya memandang baiknya, dan bukan memandang tuanya,” jawabnya.

Dalam rancangan ini, Deddy dan Chika berterusan mengorek kisah mereka. Deddy sempat bertanya kepada Rohaya sama ada dia juga punya rasa cemburu seperti Selamet

Rohaya sekadar menjawab singkat, “Saya tidak cemburu seperti dia, kalau dia mahu lihat wanita lain silakan.”

Jawapan tersebut mengundang tawa para penonton yang hadir.

Sejak awal rancangan Selamat asyik memerhati Chika membuatkan pengacara tersebut serba salah dan salah tingkah. Mungkin Selamat mengagumi kecantikan Chika. Walau bagaimanapun, dia mengatakan dalam hatinya cuma ada Rohaya.

Perkahwinan Selamat dan Rohaya menjadi viral akibat perbezaan umur yang jauh. Kisah mereka bertambah sensasi apabila Selamat dikatakan mengunci Rohaya dalam rumah kerana takut dia akan melirik lelaki lain.

0 Response to "Mak Aik. Tak Sanggup Pulak Nak Tengok. Malam pertama kami berjalan lancar,suami mahukan anak"

Post a Comment

wdcfawqafwef