Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenarnya Datuk Kabi..Patut la Kebal Sgt.Rupanya...

Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenarnya Datuk Kabi..Patut la Kebal Sgt.Rupanya...


KUALA LUMPUR 16 Julai – Pernah didakwa di mahkamah lebih lima kali kerana terlibat dalam puluhan kes penipuan jual beli kereta dan cek tendang namun dia dipercayai hanya dikenakan pe­rintah sekatan daerah.

Itu maklumat mengenai Datuk Kabi yang sebelum ini pernah disiarkan di akhbar-akhbar.

Sehingga kini, Datuk Kabi atau nama sebenarnya C. Kamaleshwaran, 38, berasal dari Kuala Ketil, Kedah dan turut dikenali sebagai Datuk Eswaran, Datuk Kumar serta Datuk Ramesh didakwa masih terlibat dalam penipuan jual beli serta pajakan kereta.

Kegiatannya mula terbongkar selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang pada 2 Januari 2009 atas tuduhan menipu seorang jurujual, Ng Cheiw Beng, 43, dengan kerugian RM75,000 sebagai bayaran membeli sebuah kereta.

Tiga hari kemudian, dia turut didakwa menipu seorang wanita C. Rethnadevi bagi pembelian sebuah Proton Perdana bernilai RM62,000 dengan menyerahkan cek bernilai RM57,000 yang tidak sah dalam kejadian di Restoran Pappadam di Sungai Nibong pada 6 Julai 2005.

Bagi tuduhan kedua, Kamaleshwaran didakwa melakukan kesalahan di tempat yang sama pada 10 Februari 2006, melibatkan penipuan cek bernilai RM10,000 bagi bayaran ansuran sebuah kereta BMW 320i kepada seorang jurujual, Peh Eng Hiam.

Walaupun kes tersebut masih dibicarakan, namun dia terus menjalankan kegiatannya pada bulan Mac tahun yang sama atas kesalahan menipu seorang lagi individu iaitu Wong Hon Chong melibatkan pembelian kereta Proton Perdana pada Mac 2006.

Pada 10 April 2012, Datuk Kabi telah dihadapkan di dua mahkamah berasingan iaitu di Ampang dan Petaling Jaya atas empat pertuduhan memberi cek tendang kepada seorang peniaga dan pengurus jualan membabitkan lebih RM27,000 pada tahun 2008.

Difahamkan, Datuk Kabi pernah melarikan diri semasa dalam jaminan mahkamah bagi lima kes penipuan serta terlibat dengan 10 kes jenayah di Kuala Lumpur dan lapan kes jenayah di Selangor.

Individu berkenaan pernah dikenakan perintah sekatan daerah selama dua tahun di Johor atas kesalahan yang sama malah pernah ditahan bagi membantu siasatan berhubung 25 kes peni­puan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Julai 2017

0 Response to "Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenarnya Datuk Kabi..Patut la Kebal Sgt.Rupanya..."

Post a Comment

wdcfawqafwef