Tuesday, 11 July 2017
ABANG LEPASKAN SAYANG DENGAN TALAK SATU
ABANG LEPASKAN SAYANG DENGAN TALAK SATU
Viral video seorang isteri merakam gelagat suaminya yang dikatakan kantoi berlaku curang dengan perempuan lain dalam kereta Perodua Alza.
“GRO ini ditangkap basah, sedang ngentot dengan suami saya dalam kereta Alza,” tulisan dalam gambar yang dimuat naik oleh Nurain Abdullah, pada 27 Jun lalu
.
Setelah lama memendamkan rasa, akhirnya Nurain mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian itu.
Dalam video tersebut, Nurain berkata,
“Isteri mana yang tak sakit hati, suami bersama dengan perempuan lain?” kata Nurain yang kemudian meminta suaminya melafazkan cerai terhadap dirinya di hadapan perempuan itu.
Tetapi lelaki itu meminta isterinya masuk ke dalam kereta. Namun Nurain enggan berbuat demikian.
“Disebabkan dia nak mempertahankan perempuan itu, saat ini dia akan lafazkan (cerai terhadap) saya. Sekarang,” kata Nurain.
“Abang…” lelaki itu seperti keberatan untuk menuruti permintaan isterinya.
“Cakap saja, tak payah nak berkias-kias. Tak apa, Donna dah terima semua okey? Donna rela menjadi janda, yang penting bukan Donna yang buat salah, tak apa,” kata Nurain.
“Abang lepaskan sayang dengan talak satu,” kata si suami.
“Sebut nama Donna,” pinta Nurain.
“Nurain Donna ****, saya Norhasidi Hashim lepaskan talak satu,” kata suaminya.
“Kenapa talak satu? Kenapa tak talak tiga terus??” soal Nurain sebelum beredar meninggalkan lelaki dan perempuan simpanannya itu.
Berikut luahan Nurain mengenai apa yang berlaku:
Assalamualaikum. Saya nak cerita sikit masalah rumah tangga saya yang mungkin boleh jadi pengajaran untuk wanita di luar sana. Saya Ain, berasal dari Indonesia dan berkahwin di Malaysia dengan warga Malaysia yang bernama Norhasidi bin Hashim.
Sebelum berkahwin dengan Norhasidi, saya beragama kristian. Pada mulanya keluarga saya tidak berapa setuju saya berkahwin dengan dia kerana dia beragama Islam dan berstatus duda anak dua. Saya pada masa itu masih ada dara lagi. Tetapi saya berusaha sedaya upaya untuk menyakinkan keluarga saya bahawa pilihan saya adalah yang terbaik untuk saya.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya memeluk agama Islam dan bernikah dengan Norhasidi serta tinggal di Johor Bahru. Saya rela berjauhan dengan keluarga saya.
Selepas bernikah, saya berusaha menjadi isteri dan juga ibu yang baik untuk dua anak tiri saya yang pada masa itu masing-masing berusia 4 dan 5 tahun. Pada mulanya saya bahagia walaupun kehidupan kami serba kekurangan. Kami tinggal di rumah flat (sewa) dan kadang-kala belanja bulanan kami sering kekurangan. Tetapi saya tidak kisah dan tetap berada di sisi suami walau dalam apa jua keadaan pun.
Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. Saya tidak kisah dengan keadaan yang susah, yang penting bagi saya ialah kami tetap hidup bersama sama ada dalam susah ataupun senang.
Tetapi kebahagiaan itu saya dapat rasakan hanya beberapa bulan sahaja. Saya dapat tahu suami saya ada perempuan lain. Bahkan saya dapat tahu yang dia beri perempuan itu duit RM700. Padahal pada masa itu satu sen pun dia tidak pernah bagi saya duit nafkah sehingga tiga tahun perkahwinan.
Sekarang usia perkahwinan kami sudah 10 tahun. Hasil perkahwinan dengannya, saya dah ada tiga orang anak. Ditambah dengan anak tiri, kesemua anak saya ada lima orang.
Selama 10 tahun perkahwinan, sudah lapan kali saya tangkap dia berlaku curang pada saya dengan perempuan yang berbeza-beza. Tetapi saya selalu memaafkan dia dan memberi dia peluang demi anak-anak. Tetapi bila dia dah naik pangkat dan mula berduit, dia sanggup menceraikan saya semata-mata mahu bersama dengan perempuan lain.
Sekarang saya dengan dia sudah sah bercerai. Saya tidak pernah bayangkan bahawa dia sanggup membuat saya begini sedangkan saya benar-benar ikhlas dan tulus mencintai dia. Saya benar-benar terasa terpukul, kecewa, buntu dan stress. Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa.
Bila saya mengadu kepada keluarga saya yang berada di Indonesia, pasti mereka akan menyalahkan saya kerana saya tidak mahu mendengar nasihat mereka dulu. Di Malaysia, saya tiada sesiapa untuk mengadu.
Walaupun susah mahu melupakan semua ini, sekarang saya berusaha untuk redha dengan takdir Allah. Sekarang saya hidup berenam sahaja dengan anak-anak termasuk dua anak tiri saya yang umur mereka kini 14 dan 15 tahun.
Saya buntu, nak mengadu dengan keluarga sendiri nanti mereka akan menyalahkan saya. Terkadang saya terfikir nak bawa anak-anak saya semua balik ke Indonesia, tetapi saya takut anak-anak saya terpengaruh dengan agama keluarga saya. Saya juga risau dengan pendidikan anak-anak kalau kami berpindah ke Indonesia, sebab untuk bersekolah di Indonesia, sangat sulit. Saya risau masa depan anak-anak tidak terjamin di sana.
Alhamdulillah semua anak-anak saya di Malaysia ini cemerlang dalam pendidikan mereka. Tetapi kalau saya terus bertahan di sini, saya akan selalu kemurungan dan sedih. Tolonglah bagi pencerahan kepada saya.
Sumber: Nurain Abdullah
0 Response to "ABANG LEPASKAN SAYANG DENGAN TALAK SATU"
Post a Comment