Berjubah Putih Dan Berkopiah, Imej Sederhana Yang Dipertuan Agong Buat Rakyat Malaysia Terpaku

Berjubah Putih Dan Berkopiah, Imej Sederhana Yang Dipertuan Agong Buat Rakyat Malaysia Terpaku

Umum mengetahui akan keperibadian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang sentiasa berhemah dan terkenal dengan pemerintahannya berpandukan ajaran Islam terus mengagumkan rakyat Malaysia khususnya. 

Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri pada Ahad lalu, kelihatan baginda mengenakan sepasang jubah putih dan berkopiah pada majlis tersebut. Baginda juga mengenakan pakaian yang serupa ketika bersolat sunah dan mendengar khutbah Aidilfitri di Masjid Wilayah. 

Penampilan sederhana baginda menerima pujian dari rakyat Malaysia terutama golongan netizen yang amat berbangga mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat malah amat merendah diri. 

Rata-rata netizen menyanjung keluhuran jiwa baginda dan tertawan dengan keperibadian yang sederhana serta prihatin terhadap masalah rakyat. Tidak hairanlah mengapa baginda merupakan seorang ketua negara yang amat disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. 

Allahuakbar! Semoga Allah panjangkan usia Tuanku. 

0 Response to "Berjubah Putih Dan Berkopiah, Imej Sederhana Yang Dipertuan Agong Buat Rakyat Malaysia Terpaku"

Post a Comment

wdcfawqafwef