8 Foto, Sayu... Status Terakhir Cikgu Aida 3 Jam Sebelum Maut Dengan Anaknya, Bertembung Kereta. Bagaikan Dia Dah Tahu
Setiu: Mesej terakhir Cikgu Noraida buat rakan nya 3 jam sebelum pergi buat selamanya dia dan anak sulung nya maut kemalangan.
Cikgu Ida ada menghantar mesej kepada rakan sejawatnya Cikgu Cik Siti Hajar tanda ucapan tahniah buat sahabat nya itu kerana kenaikan kan gred gaji.
Sungguh tidak disangka bagi Cikgu Cik Siti Hajar ini merupakan mesej terakhir arwah buat nya 3 jam sebelum cikgu cik siti hajar di jemput ilahi terlibat dalam kemalangan tengahari semalam.
Apa yang berlaku mengundang pilu Cikgu Cik Siti Hajar dia amat terkejut dengan apa yang berlaku kepada sahabatnya itu, ini lauhan sayu beliau dilaman sosial nya.
Allah ya Allah
sedihnyeeeee
geng assaimen UUM telah pergi buat selamanya..
jam 10 pg td dia wish kat fb aja ucap tahniah kerana kenaikan DG 44 aja dan inilah ucapan terakhir darinya..
innalillahiwainnahirojiun sahabatku Noraida Jalil ... pagi td awk msg wish kat fb sy.... magrib ni sy dpt brita awk dah xde lagi ...... ðŸ˜
sahabat semua sedekahkan lah al fatihah kepada sahabat saya ini.. geng assaimen UUM saya-Cikgu Cik Siti Hajar
Harian metro melaporkan seorang guru wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 50 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Batu 29, Sungai Tong, dekat Permaisuri kira-kira 1 tengah hari, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota yang dinaiki mangsa tiga beranak masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Isuzu berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, dalam kemalangan itu, Noraida Jalil, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Langkap dan anak lelakinya, Ahmad Zahirruddin Ahmad Zaini, 8, maut di tempat kejadian.
"Seorang lagi anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang turut menaiki kenderaan itu parah dan masih menerima rawatan di Hospital Setiu.
"Pacuan empat roda itu dinaiki enam orang termasuk pemandu kenderaan," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, seorang kenalan mangsa memaklumkan arwah adalah guru pendidikan khas di sekolah itu dan baru sahaja bertugas di situ kira-kira enam bulan lalu.
Hasil perkongsian hidup Cikgu Noraida dan suaminya Ahmad Zaini mereka dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, kini anak pasangan ini yang sulung Ahmad Zahirr pergi buat selamanya menemani ibu nya manakala anak keduanya kini bertarung nyawa di Hospital.
Anak bongsu mangsa dan suami tiada semasa kejadian tersebut hanya mereka bertiga menaiki kereta ketika kejadian semoga suami arwah tabah dengan dugaan ini. Al fatihah
Friday, 23 June 2017
0 Response to "8 Foto, Sayu... Status Terakhir Cikgu Aida 3 Jam Sebelum Maut Dengan Anaknya, Bertembung Kereta. Bagaikan Dia Dah Tahu"
Post a Comment